BPA
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
BPA adalah bahan additive kimia yang digunakan untuk membuat plastik polycarbonate dan resin epoksi. Ia boleh didapati dalam pembuatan botol bayi, cawan, botol air dan dalam lapisan makanan dalam tin. Pendedahan kepada manusia berlaku terutamanya melalui pemakanan (dari diet dan dari menghisap / memasak barangan plastik), atau melalui sentuhan kulit. BPA akan meniru hormon tertentu manusia dan boleh mengganggu sistem endokrin; menyebabkan kesan kesihatan yang buruk seperti kanser prostat, kanser payudara, keguguran, kecacatan kelahiran, pengeluaran sperma yang rendah dan kelakuan hiperaktif.
Bagaimana untuk meminimumkan kesan pendedahan kepada BPA?
1. Elakkan penggunaan policarbonate terutamanya untuk makanan dan minuman. Pastikan juga mengelakkan barangan plastik yang mengandungi BPA atau sebatian serupa seperti BPS dan BPF. BPA terkandung dalam produk plastik dengan sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) # 7 – PC (Polycarbonate). Plastik jenis ini sifatnya keras dan tidak fleksibel apabila ditekan serta berwarna jernih.
2. Guna pilihan produk yang tertera “BPA-free” pada label barangan.
3. Elakkan penggunaan plastik untuk memasak atau menyimpan makanan dan minuman yang panas. Haba akan melarutkan sebatian kimia dari plastik apabila dipanaskan.
4. Elakkan penggunaan plastik yang tidak dikenalpasti atau tiada maklumat material plastik pada pembungkusan.
5. Jangan memanaskan makanan bekas plastik ke dalam mikrowave, untuk semua jenis plastik.
PHTHALATES
Apa itu Phthalates?
Phthalates adalah kelas bahan kimia yang bertindak sebagai pelarut dan penstabil yang digunakan dalam proses kitaran plastik seperti PVC (polyvinyl chloride). Penggunaan bahan kimia bertoksik seperti merkuri, dioksin dan phthalates, adalah berbahaya pada kesihatan. PVC biasanya dirujuk sebagai “vinyl”. EVA (ethylene vinyl acetate) dan PEVA (polyethylene vinyl acetate) juga termasuk di dalam kumpulan PVC. Salah satu bahan additive toksik yang paling biasa ialah Di (2-etilheksil) phthalates (DEHP). Tiga phthalates, termasuk DEHP, telah diharamkan secara kekal dari beberapa mainan dan peralatan kanak-kanak pada 2009. Kesan kesihatan yang mampu berlaku dari pendedahan kepada Phthalates termasuklah gangguan hormon, masalah perkembangan dan pembiakan, asma, kelahiran pra-matang, pengeluaran sperma yang rendah serta perkembangan beberapa jenis kanser.
Bagaimana untuk meminimumkan kesan pendedahan kepada Phthalates?
1. Elakkan penggunaan PVC sebagai material untuk produk penyimpanan bahan minuman dan makanan. Ia boleh dikenalpasti melalui sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) # 3 – PVC atau V.
2. Pilih produk plastik yang diperbuat daripada Polypropylene (PP) sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) #5 atau High Density Polyethylene (HDPE) sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC) #2, yang merupakan alternatif yang lebih selamat kepada PVC.
3. Guna produk plastik “PVC-free” seperti produk yang dibuat dari Polyethylene (PE).
4. Beli produk tanpa Phthalates atau yang bertanda “Phthalates-free” pada label.
5. Elakkan pemanasan pada plastik PVC kerana haba yang terhasil akan melarutkan sebatian kimia seperti Phthalates apabila dipanaskan.
Read More
From the Blog
Introducing the Orga CC Series (City Commuter)
Introducing the Orga CC Series (City Commuter) The Orga CC Series marks a new chapter in how we design for movement.Built for the city, but engineered with the same DNA that drives our performance and terrain gear — this is where urban function meets outdoor...
Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit
Jenis Jarum Mesin Jahit Panduan memilih jenis-jenis jarum mesin jahit domestik dan industri bagi kegunaan perkilangan fabrik kepada produk. Jarum mempunyai kod-kod yang tertentu yang hanya sesuai digunakan mengikut sesuatu jenama mesin jahit, jenis fabrik, saiz benang...
Perbezaan Tafetta Weave, Oxford Weave dan Ripstop Weave
Seringkali kita terbaca, atau menemui beberapa penulisan yang menyatakan bahawa sesuatu gear itu material fabriknya adalah ripstop, taffeta atau oxford. Ini adalah satu kesilapan kerana sebenarnya ripstop, taffeta atau oxford bukannya sejenis fabrik. Sebaliknya ia...
Perbezaan Jenis-Jenis Silika Gel
Silika Gel biasanya boleh didapati dan digunakan di dalam pembungkusan produk untuk perlindungan dari kelembapan khususnya molekul air. Kelembapan mendorong pertumbuhan kulat, karat dan kakisan. Komponen utama silika gel adalah Silikon dioksida dalam bentuk manik...
Projek Bumi Hijau
Kami di Orga Mountainworks percaya untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, langkah pertama ialah mewujudkan suasana hijau di persekitaran kehidupan kami dahulu. Selebihnya barulah kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan impak pada alam sekitar....
Sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC)
ASTM International Resin Identification Coding System, atau singkatannya Resin Identification Code (RIC), adalah satu set simbol yang terdapat pada produk plastik bagi mengenal pasti material resin pada plastik yang dibuat. Ia telah dibangunkan Society of the Plastics...
Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? )
Bagaimanakah proses design dan pembangunan soft flask kami semasa dikilangkan?. Proses yang panjang perlu sebenarnya bermula dari secetus idea. Idealah yang akan memberikan konsep dan direction sesuatu design. Maka di dalam pembuatan soft flask versi terbaru untuk...
Q&A Tips Penjagaan Outdoor Gear
Berikut adalah suatu catatan yang diringkas dan dikemaskan menjadi Q&A tentang beberapa tips penyimpanan alatan-alatan camping yang diambil dari satu sessi perbualan di antara beberapa penggiat rekreasi IPT dan founder/designer Orga Mountainworks, Radzee Orga. Q1:...
Kaedah Menentukan Saiz Torso
Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas...
Ketahui Bahagian Beg
Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan. ...
Kenali Buckle Beg Anda
Adakah anda mengenali sebutan nama buckle pada beg atau kelengkapan outdoor anda yang lain? Aplikasi buckle ni pada outdoor gear biasanya digunakan untuk bag, drybag dan sebagainya. Ia menjadi perantara untuk menyambung strap atau webbing cord dan grosgrain. Material...
Apa Itu Denier
Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang...












