Q1: Apakah perkara PERTAMA yang perlu tahu sebelum menyimpan peralatan camping untuk satu tempoh yang lama?
OMW: Kalau perkara pertama, kita perlu ada ilmulah. Pastikan dulu anda nak simpan apa. Lain barang lain materialnya. Lain material, berbeza cara untuk mengoptimumkan kualiti penyimpanannya. Lain bahan, lain tahap kemerbahayaan. Jesteru, ada perkara yg kaedahnya sama dan adakalanya berlainan.
Q2: FAKTOR yang perlu diambil kira atau keperluan untuk ruang penyimpanan?
OMW: 1.Pencahayaan. Pastikan menyimpan di tempat yg teduh dan tertutup. Ada sesetengah material yg tidak sesuai pada direct UV
2. Pengudaraan. Pastikan ruang tidak kedap udara supaya molekul air diudara tidak terkepung.
3. Kelembapan. Pastikan menyimpan diruang yang rendah faktor kelembapan. Kelembapan tinggi menyebabkan fungus mudah terbentuk.
4. Suhu. Adalah ideal untuk menyimpan pada suhu bilik. Elak simpan di dalam kereta untuk tempoh yg lama.
5. Ruang Tertutup. Penyimpanan di dalam ruang tertutup dapat mengelakkan habuk dari partikel-partikel bebas di udara. Cuma pastikan ada peredaran udara di ruang tertutup.
Q3: Tips utk menyimpan beg?
OMW: Pertimbang semua faktor dalam Q2. Basuh beg dengan pencuci yang sesuai. Guna pencuci yang tidak terlalu berasid atau terlalu beralkali. Pastikan bahagian luar dan dalam beg betul2 kering sebelum disimpan. Simpan bertutup untuk mengelakkan habuk. Ini bukan kemestian, tapi isi filling seperti kertas atau kain untuk mengekalkan bentuk beg dan mengelakkan lipatan/kedutan. Biar sedikit ruang terbuka untuk memudahkan pengudaraan atau tutup guna bahan yg breathable. Simpan bersama silika gel atau apa2 agen yg menyerap kelembapan.
Q4. Tips untuk menyimpan bladder/ water reservoir?
OMW: Ada banyak kelebihan jika kita simpan bladder/ water reservoir di dalam peti sejuk. Ini disebabkan alatan ini sukar utk dikeringkan sepenuhnya (air terperangkap di dalam tiub). Jika dibiarkan sekali pun dalam keadaan Q3, kemungkinan untuk fungus hidup masih ada. Di dalam peti sejuk, pengudaraan dan suhu rendah lebih mencegah pembentukan fungus. Buka penutup sebelum simpan.
Q4. Tips untuk menyimpan stove?
OMW: Pastikan dulu material stove anda. Lain material lain penjagaan. Stove dari steel mempunyai kadar enapan karbon lebih tinggi dari stove aluminium atau titanium. Bersihkan karbon terutama pada lubang-lubang saluran gas untuk mengelakkannya tersumbat. Sapu minyak jika perlu untuk mengelakkan karat.
Q5 Tips untuk menyimpan sleeping bag/down jacket.?
OMW: Pastikan dulu sleeping bag/ down jacket guna filling apa. Jika filling sintetik, kurang penjagaan. Kalau natural filling seperti goose feather penjagaannya lebih rapi. Keluarkan sleeping bag dari sack nya dan gantung. Ingat, mahalnya sleeping bag adalah kerana kualiti filling. Kualiti filling menentukan kecekapannya memerangkap haba sambil mengekalkan breathabily. Jadi jaga filling dengan cara membiarkannya dalam keadaan uncompressed.
Q6 Tips untuk menyimpan battery-powered device.?
OMW: Buka bateri sekiranya menyimpan untuk tempoh lama. Ini pengetahuan asas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pengaratan flux terutama pada bahagian terminal-terminal anod dan katod. Pengaratan juga bole berlaku dalam keadaan kering. Bila bateri alkaline itu discharged, sedikit ‘leaking’ cas akan bertindakbalas dengan hidrogen di udara lalu terbentuk pengaratan.
Q7 Tips menyimpan insect repellent dan gas canister.?
OMW: Asingkan sama sekali insect repellent dan gas canister dari alatan-alatan lain. Penjagaannya lebih memerlukan pengudaraan yang baik, jauh dari sumber haba dan jauh dari peralatan elektrik/bateri serta tidak mudah dicapai kanak-kanak. Alatan-alatan ini mempunyai ciri dan tahap hazardous yang spesifik. DEET base repellent contohnya, lebih beracun dari repellent biasa. Yang penting, baca aturan dan ikut arahan.
Q8 Perkara TERAKHIR atau pesanan tuan dalam penyimpanan peralatan?
OMW: Laku dan usahakan kaedah penyimpan yang terbaik dan selebihnya bertawakallah. Ada masanya kita telah membuat yang terbaik tapi terdedah pula pada sesuatu tak terjangka seperti bencana alam atau serangan haiwan perosak seperti lipas dan tikus. Percaya qada qadar. Sebaik perancangan kita, hebat lagi perancangan tuhan.
Terima Kasih.
Read More
From the Blog
Introducing the Orga CC Series (City Commuter)
Introducing the Orga CC Series (City Commuter) The Orga CC Series marks a new chapter in how we design for movement.Built for the city, but engineered with the same DNA that drives our performance and terrain gear — this is where urban function meets outdoor...
Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit
Jenis Jarum Mesin Jahit Panduan memilih jenis-jenis jarum mesin jahit domestik dan industri bagi kegunaan perkilangan fabrik kepada produk. Jarum mempunyai kod-kod yang tertentu yang hanya sesuai digunakan mengikut sesuatu jenama mesin jahit, jenis fabrik, saiz benang...
Perbezaan Tafetta Weave, Oxford Weave dan Ripstop Weave
Seringkali kita terbaca, atau menemui beberapa penulisan yang menyatakan bahawa sesuatu gear itu material fabriknya adalah ripstop, taffeta atau oxford. Ini adalah satu kesilapan kerana sebenarnya ripstop, taffeta atau oxford bukannya sejenis fabrik. Sebaliknya ia...
Perbezaan Jenis-Jenis Silika Gel
Silika Gel biasanya boleh didapati dan digunakan di dalam pembungkusan produk untuk perlindungan dari kelembapan khususnya molekul air. Kelembapan mendorong pertumbuhan kulat, karat dan kakisan. Komponen utama silika gel adalah Silikon dioksida dalam bentuk manik...
Projek Bumi Hijau
Kami di Orga Mountainworks percaya untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, langkah pertama ialah mewujudkan suasana hijau di persekitaran kehidupan kami dahulu. Selebihnya barulah kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan impak pada alam sekitar....
Apa itu Phthalates dan Bisphenol A (BPA)?
BPA Apa itu Bisphenol A (BPA)? BPA adalah bahan additive kimia yang digunakan untuk membuat plastik polycarbonate dan resin epoksi. Ia boleh didapati dalam pembuatan botol bayi, cawan, botol air dan dalam lapisan makanan dalam tin. Pendedahan kepada manusia...
Sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC)
ASTM International Resin Identification Coding System, atau singkatannya Resin Identification Code (RIC), adalah satu set simbol yang terdapat pada produk plastik bagi mengenal pasti material resin pada plastik yang dibuat. Ia telah dibangunkan Society of the Plastics...
Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? )
Bagaimanakah proses design dan pembangunan soft flask kami semasa dikilangkan?. Proses yang panjang perlu sebenarnya bermula dari secetus idea. Idealah yang akan memberikan konsep dan direction sesuatu design. Maka di dalam pembuatan soft flask versi terbaru untuk...
Kaedah Menentukan Saiz Torso
Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas...
Ketahui Bahagian Beg
Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan. ...
Kenali Buckle Beg Anda
Adakah anda mengenali sebutan nama buckle pada beg atau kelengkapan outdoor anda yang lain? Aplikasi buckle ni pada outdoor gear biasanya digunakan untuk bag, drybag dan sebagainya. Ia menjadi perantara untuk menyambung strap atau webbing cord dan grosgrain. Material...
Apa Itu Denier
Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang...












