Kami di Orga Mountainworks percaya untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, langkah pertama ialah mewujudkan suasana hijau di persekitaran kehidupan kami dahulu. Selebihnya barulah kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan impak pada alam sekitar. Pengamalan konsep bumi hijau dapat menjamin kesejahteraan hidup baik dari segi penjimatan kos mahu pun sebagai persediaan di saat sesuatu bencana berlaku.
Kisah pandemik Covid19 yang cukup menggegarkan dunia pada tahun 2020 ini menyedarkan kami tentang betapa pentingnya konsep bumi hijau ini dalam mengiringi pergerakan industri seperti juga dalam industri pembuatan seperti kami. Setidaknya, apabila berlaku bencana seperti ini, kami masih mampu menyumbang kepada masyarakat setempat melalui pengeluaran hasil-hasil pertanian hijau yang dikeluarkan.
Ibu pejabat Orga Mountainworks di Melaka, Malaysia dikelilingi kebun-kebun yang diusahakan bagi menyokong konsep bumi hijau di persekitaran tempat kerja. Antara projek yang diusahakan adalah penanaman cili teknik fertigasi, tebu hitam, kelapa muda, pisang, buah-buahan seperti manggis, durian, mangga serta penternakan ayam kampung. Suasana seperti ini dilihat lebih mendekatkan kami kepada alam yang menyumbang sumber terapi kepada idea-idea rekabentuk kami.
Ketika wabak Covid19 melanda, projek bumi hijau ini telah dapat menyokong usaha pembekalan hasil-hasil tanaman ini kepada penduduk-penduduk tempatan. Ianya juga telah menjadi penyelamat kepada keboleh-terusan survival industri pembuatan produk seperti kami. Pengeluaran hasil-hasil pertanian seperti ini telah membolehkan kami untuk menampung kos-kos industri kesan daripada pandemik ini.
Justeru, untuk masa-masa mendatang, Orga Mountainworks bukan sahaja akan meneruskan Projek Bumi Hijau ini malah akan melipat-gandakan lagi usaha untuk menambah suasana kehijauan di sekeliling pusat industri kami. Ini menggambarkan kekuatan komitmen kami dalam memelihara kepentingan kelestarian alam sedunia dan tindakan penjagaan bersama untuk diwarisi pada generasi akan datang.
Read More
From the Blog
Introducing the Orga CC Series (City Commuter)
Introducing the Orga CC Series (City Commuter) The Orga CC Series marks a new chapter in how we design for movement.Built for the city, but engineered with the same DNA that drives our performance and terrain gear — this is where urban function meets outdoor...
Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit
Jenis Jarum Mesin Jahit Panduan memilih jenis-jenis jarum mesin jahit domestik dan industri bagi kegunaan perkilangan fabrik kepada produk. Jarum mempunyai kod-kod yang tertentu yang hanya sesuai digunakan mengikut sesuatu jenama mesin jahit, jenis fabrik, saiz benang...
Perbezaan Tafetta Weave, Oxford Weave dan Ripstop Weave
Seringkali kita terbaca, atau menemui beberapa penulisan yang menyatakan bahawa sesuatu gear itu material fabriknya adalah ripstop, taffeta atau oxford. Ini adalah satu kesilapan kerana sebenarnya ripstop, taffeta atau oxford bukannya sejenis fabrik. Sebaliknya ia...
Perbezaan Jenis-Jenis Silika Gel
Silika Gel biasanya boleh didapati dan digunakan di dalam pembungkusan produk untuk perlindungan dari kelembapan khususnya molekul air. Kelembapan mendorong pertumbuhan kulat, karat dan kakisan. Komponen utama silika gel adalah Silikon dioksida dalam bentuk manik...
Apa itu Phthalates dan Bisphenol A (BPA)?
BPA Apa itu Bisphenol A (BPA)? BPA adalah bahan additive kimia yang digunakan untuk membuat plastik polycarbonate dan resin epoksi. Ia boleh didapati dalam pembuatan botol bayi, cawan, botol air dan dalam lapisan makanan dalam tin. Pendedahan kepada manusia...
Sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC)
ASTM International Resin Identification Coding System, atau singkatannya Resin Identification Code (RIC), adalah satu set simbol yang terdapat pada produk plastik bagi mengenal pasti material resin pada plastik yang dibuat. Ia telah dibangunkan Society of the Plastics...
Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? )
Bagaimanakah proses design dan pembangunan soft flask kami semasa dikilangkan?. Proses yang panjang perlu sebenarnya bermula dari secetus idea. Idealah yang akan memberikan konsep dan direction sesuatu design. Maka di dalam pembuatan soft flask versi terbaru untuk...
Q&A Tips Penjagaan Outdoor Gear
Berikut adalah suatu catatan yang diringkas dan dikemaskan menjadi Q&A tentang beberapa tips penyimpanan alatan-alatan camping yang diambil dari satu sessi perbualan di antara beberapa penggiat rekreasi IPT dan founder/designer Orga Mountainworks, Radzee Orga. Q1:...
Kaedah Menentukan Saiz Torso
Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas...
Ketahui Bahagian Beg
Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan. ...
Kenali Buckle Beg Anda
Adakah anda mengenali sebutan nama buckle pada beg atau kelengkapan outdoor anda yang lain? Aplikasi buckle ni pada outdoor gear biasanya digunakan untuk bag, drybag dan sebagainya. Ia menjadi perantara untuk menyambung strap atau webbing cord dan grosgrain. Material...
Apa Itu Denier
Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang...












