Apa Itu Denier 1

Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang panjangnya 9000m. Mikrodenier pula digunakan untuk menyukat gentian yang mempunyai berat kurang daripada satu gram bagi setiap 9000 meter.

Ambil contoh satu jenis fabrik beg yg berjumlah 500 denier dan 1000 denier dari fiber yang sama. Perbezaannya ialah dari segi berat dan ketebalan yang mana 1000 denier adalah lebih berat dan tebal. Untuk fiber yang mempunyai jumlah denier 1g atau kurang, ia dikenali sebagai mikrofiber yang contohnya digunakan dalam pembuatan tuala outdoor.

Pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strength ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk. 

Pengetahuan tentang jumlah denier amat penting di dalam pemilihan produk-produk siap outdoor contohnya dalam pemilihan beg. Bahagian bottom bag, belakang beg, shoulder strap dan hipbelt adalah kawasan-kawasan yang memerlukan fabrik berketegangan, lebih tahan dan lebih kekuatan. Sudah tentu jika mengandaikan fiber sesuatu fabrik adalah sama; jika lebih besar jumlah denier, maka lebih kekuatan fabrik tersebut.

Penggunaan fiber yang berbeza juga memberikan hasil yang berbeza juga pada kekuatan fabrik. Contohnya 500 denier fabrik dari fiber nylon adalah lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber cotton walaupun jumlah deniernya sama. Terdapat juga fiber-fiber sintetik berteknologi tinggi seperti dyneema dan polyamide yang lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber nylon walaupun jumlah jisimnya lebih rendah dari 500 denier. Cuben fiber contohnya; walaupun ia adalah 50%-70% lebih ringan dari Kevlar ( digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru ) tetapi kekuatannya adalah lebih kurang 4 kali ganda dari Kevlar.

 

Pengeluar-pengeluar beg masakini contohnya mempunyai formula sendiri dalam menentukan nisbah kekuatan fabrik berbanding berat beg bagi menghasilkan beg yang ringan tetapi kukuh. Selain faktor rekabentuk (design) dan pembinaan (construction), pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strength ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.

Penganggaran material fabrik bergantung pada denier yang diperlukan juga dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu beg seperti menggunakan fabrik yang lebih kukuh pada bahagian bawah kompartmen utama (pack bottom), belakang beg (backsystem) juga penggunaan fabrik yang sesuai pada hipbelt atau shoulder harness. Maka di sinilah kepintaran pereka-bentuk diuji dimana agihan antara berat dan kekuatan fabrik perlu tepat di dalam sesuatu rekabentuk. Dan pengetahuan tentang denier yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu rekaan.

 


Apa Itu Denier 2

Read More

From the Blog

Introducing the Orga CC Series (City Commuter)

Introducing the Orga CC Series (City Commuter)

​ Introducing the Orga CC Series (City Commuter)   The Orga CC Series marks a new chapter in how we design for movement.Built for the city, but engineered with the same DNA that drives our performance and terrain gear — this is where urban function meets outdoor...

read more
Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit

Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit

Jenis Jarum Mesin Jahit Panduan memilih jenis-jenis jarum mesin jahit domestik dan industri bagi kegunaan perkilangan fabrik kepada produk. Jarum mempunyai kod-kod yang tertentu yang hanya sesuai digunakan mengikut sesuatu jenama mesin jahit, jenis fabrik, saiz benang...

read more
Perbezaan Jenis-Jenis Silika Gel

Perbezaan Jenis-Jenis Silika Gel

​Silika Gel biasanya boleh didapati dan digunakan di dalam pembungkusan produk untuk perlindungan dari kelembapan khususnya molekul air. Kelembapan mendorong pertumbuhan kulat, karat dan kakisan. Komponen utama silika gel adalah Silikon dioksida dalam bentuk manik...

read more
Projek Bumi Hijau

Projek Bumi Hijau

Kami di Orga Mountainworks percaya untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, langkah pertama ialah mewujudkan suasana hijau di persekitaran kehidupan kami dahulu. Selebihnya barulah kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan impak pada alam sekitar....

read more
Apa itu Phthalates dan Bisphenol A (BPA)?

Apa itu Phthalates dan Bisphenol A (BPA)?

BPA Apa itu Bisphenol A (BPA)?   BPA adalah bahan additive kimia yang digunakan untuk membuat plastik polycarbonate dan resin epoksi. Ia boleh didapati dalam pembuatan botol bayi, cawan, botol air dan dalam lapisan makanan dalam tin. Pendedahan kepada manusia...

read more
Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? )

Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? )

Bagaimanakah proses design dan pembangunan soft flask kami semasa dikilangkan?. Proses yang panjang perlu sebenarnya bermula dari secetus idea. Idealah yang akan memberikan konsep dan direction sesuatu design. Maka di dalam pembuatan soft flask versi terbaru untuk...

read more
Q&A Tips Penjagaan Outdoor Gear

Q&A Tips Penjagaan Outdoor Gear

Berikut adalah suatu catatan yang diringkas dan dikemaskan menjadi Q&A tentang beberapa tips penyimpanan alatan-alatan camping yang diambil dari satu sessi perbualan di antara beberapa penggiat rekreasi IPT dan founder/designer Orga Mountainworks, Radzee Orga. Q1:...

read more
Kaedah Menentukan Saiz Torso

Kaedah Menentukan Saiz Torso

Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas...

read more
Ketahui Bahagian Beg

Ketahui Bahagian Beg

Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan.  ...

read more
Kenali Buckle Beg Anda

Kenali Buckle Beg Anda

Adakah anda mengenali sebutan nama buckle pada beg atau kelengkapan outdoor anda yang lain? Aplikasi buckle ni pada outdoor gear biasanya digunakan untuk bag, drybag dan sebagainya. Ia menjadi perantara untuk menyambung strap atau webbing cord dan grosgrain. Material...

read more