Jenis Jarum Mesin Jahit

Jenis Jarum Mesin Jahit

Panduan memilih jenis-jenis jarum mesin jahit domestik dan industri bagi kegunaan perkilangan fabrik kepada produk. Jarum mempunyai kod-kod yang tertentu yang hanya sesuai digunakan mengikut sesuatu jenama mesin jahit, jenis fabrik, saiz benang dan sebagainya. Oleh itu pemilihan jarum yang sesuai adalah amat penting bagi menjamin kecekapan dan kualiti suatu produk jahitan.

Anatomi Jarum
  1. Anatomi Jarum

    Bahagian atas jarum mesin jahit iaitu bahagian yang dimasukkan ke dalam lubang jarum mesin jahit dikenali sebagai ‘shank’.

    Jarum mesin jahit domestik mempunyai ‘shank’ yang rata, bagi memastikan jarum sentiasa berada dalam kedudukan yang betul dan tidak boleh dimasukkan dengan salah.

    Butt’ jarum juga menyerong, menjadikan jarum lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam lubang jarum pada mesin jahit.

    Penandaan warna dibuat bagi membolehkan kita mengetahui jenis dan saiz jarum dengan cepat.

    ‘Long Groove’ melindungi benang bagi memastikan benang tidak rosak semasa penembusan jarum melalui fabrik.

    ‘Scarf’ adalah untuk memberi lebih banyak ruang untuk ‘hook’ supaya ‘loop’ benang lebih mudah ditangkap untuk membentuk jahitan.

    Eye’ adalah lubang untuk dimasukkan benang pada mata jarum.

Bentuk ‘point’ dan ‘tip’ jarum adalah berbeza-beza bergantung pada jenis jarum. Ini memastikan jarum sentiasa sesuai dengan fabrik yang digunakan.

Nombor NM ialah diameter bilah jarum didarab dengan 100. Oleh itu, jarum mesin jahit dengan diameter bilah 0.75 mm dikodkan sebagai NM 75. Ini adalah saiz metrik, yang menggunakan metrik nombor atau singkatannya NM.

Jenis Jarum Mesin Jahit
  1. Jenis-Jenis Mata Jarum Untuk Mesin Jahit Domestik (Portable)


    KOD JARUM: HA

    Jarum Universal adalah jarum yang paling biasa digunakan pada mesin jahit rumah. Ia boleh digunakan pada kain tenunan, sintetik, dan kain rajutan. Jenis jarum universal ini boleh digunakan bersama samada dengan benang polyester, kapas, atau sutera.

Jarum Mata Bulat mempunyai mata jarum yang bulat. Ini biasanya digunakan untuk fabrik woven tanpa ‘coating’. Mata bulat mendorong jarum menusuk di celahan serat fabrik tanpa perlu memotong serat fabrik tersebut.

Jarum Mata ‘Stretch’digunakan pada fabrik-fabrik boleh ‘stretch’ atau boleh meregang seperti spandex dan lycra.

Jarum Denim sesuai digunakan untuk fabrik jeans atau denim. Selain dari dapat menembusi fabrik jenis ini dengan lebih mudah, ia juga mudah apabila menggunakan benang yang lebih tebal dan berat.

Jarum Tajam (Microtex). Sekiranya anda menggunakan mesin jahit domestik, jarum jenis ini adalah alternatif untuk menjahit fabrik-fabrik teknikal. Jarum yang tajam akan menghasilkan lubang tusukan yang lebih halus. Benang akan memenuhi lubang yang kecil lantas mengurangkan resapan air pada benang dan fabrik yang ‘waterproof’.

Jarum Mata Belah biasanya digunakan pada fabrik-fabrik yang tebal seperti kulit atau PU Leather. Jarum jenis ini lebih pendek dan ia digunakan untuk membelah fabrik tebal seperti kulit dengan lebih mudah.

Perlu diingatkan juga, benang yang digunakan juga akan menentukan jenis jarum yang di pilih. Sebagai contoh, jika kita menggunakan benang halus, kita perlu menggunakan saiz jarum yang kecil juga. Untuk memudahkan pemilihan saiz jarum yang sesuai, lihat spesifikasi benang yang ingin digunakan. Setiap benang yang berkualiti ada disertakan spec dan keterangan tentang saiz jarum yang disyorkan.

Kod jarum mesin jahit

3. Jarum Mesin Jahit Industri

KOD JARUM: DB, DP atau DC

Memilih jenis jarum yang sesuai untuk mesin jahit industri adalah bergantung kepada bahan yang hendak dijahit mengikut jenis industri. Jarum yang digunakan dalam industri otomotif contohnya adalah berbeza dengan industri kulit. Ini adalah untuk mendapatkan lubang tebukan yang sempurna dan hasil ikatan benang jahitan yang terbaik mengikut jenis material.

Antara jenis jarum untuk mesin jahit industri termasuklah;

a. Jarum special tip untuk industri automotif
b. Jarum mata belah untuk industri kulit
c. Jarum mata halus untuk industri jahit tenun (embroidery)
d. Jarum mata bulat untuk fabrik tanpa ‘coating’
e. Jarum special coating seperti NIT untuk fabrik yang mempunyai ‘adhesive coating’.
f. Jarum special geometry untuk fabrik teknikal.

4. Jarum Untuk Fabrik Teknikal.

Di ORGA dalam pembuatan produk, hampir keseluruhan mesin digunakan adalah mesin jahit industri dan semua fabrik yang digunakan adalah fabrik teknikal. Oleh itu, kami menggunakan Schmetz Special Geometry SERV 7 untuk aplikasi pada fabrik ‘coated’ atau ‘laminate’. Schmetz Round Point SES untuk ‘stretchable’ fabrik dan Schmetz Round Point RRT untuk mesin jahit ‘bartack’.Alternatif lain selain jenama Schmetz adalah jarum dari jenama Groz-Beckert. Kedua jenama ini adalah rekaan dan buatan kejuruteraan Jerman.

SERV& Different

Schmetz Special Geometry SERV 7

Ciri-ciri utama reka bentuk SERV 7 adalah kerongsang lengkung yang membentuk lingkaran benang yang sangat besar yang boleh lebih mudah di ‘tangkap’ oleh mata kait dan ‘blade reinforcement’. Mata jarum yang halus juga akan menghasilkan lubang jahitan yang sekecil mungkin lantas mengoptimumkan pergeseran jarum dan fabrik. Malah rekabentuk SERV 7 ini membenarkan penggunaan saiz jarum yang lebih kecil tanpa sebarang pengurangan dalam kestabilan jarum.

Jarum SERV7 Hook

Ilustrasi menunjukkan bagaimana rekabentuk SERV 7 membentuk lingkaran benang yang besar. Kerongsang lengkung memanjangkan lingkaran sehingga mata kait atau ‘blade reinforcement’ boleh menangkapnya dengan mudah.

Dalam jarum standard, lingkaran adalah jauh lebih kecil dan oleh itu ia tidak mudah di ‘tangkap’ oleh mata kait atau ‘blade reinforcement’.

Jarum SERV7 Stability

Dari ilustrasi, kedua rekabentuk jarum itu telah dikenakan daya sebanyak satu Newton (N). Didapati jarum SERV 7 adalah kurang dipengaruhi oleh daya lateral ini berbanding dengan jarum standard.

Kestabilan jarum SERV 7 juga amat berharga terutama apabila menjahit material yang tebal dan terdiri dari beberapa lapisan kain. Penggunaan jarum SERV 7 juga digunakan dalam jahitan material dengan kerja halus. Oleh kerana mempunyai kestabilan yang amat tinggi, jarum bersaiz lebih kecil dari jenis ini juga boleh memperolehi hasil terbaik kerana ia masih mempunyai kestabilan yang diperlukan.

Jarum Jenis SES

Schmetz Round Point SES

‘Light round point SES’ dapat menembusi celahan antara ‘weave’ (tenunan) fabrik ‘woven’ tanpa memutuskan atau merosakkan tenunan fabrik. Oleh itu ianya sesuai digunakan pada fabrik-fabrik ‘stretchable’ seperti PowerMesh atau PolySpandex.

Ringkasan

Dalam memilih jarum yang sesuai, aturan yang perlu diambil-kira adalah seperti berikut;

1. Pastikan sistem jarum adalah ‘compatible’ dengan sistem mesin jahit digunakan. Rujuk spesifikasi mesin jahit dari pengeluar.

2. Pastikan saiz benang yang hendak digunakan mengikut saiz jarum. Rujuk spesifikasi benang dari pengeluar.

3. Pastikan spesifikasi fabrik yang hendak dijahit. Ini akan menentukan apakah pilihan jenis ‘tip’ atau jenis mata jarum yang sesuai untuk digunakan.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This
×

Hello,

Click to chat on WhatsApp or send us an email to orgamountainworks@gmail.com

×