Silica Gel Different

​Silika Gel biasanya boleh didapati dan digunakan di dalam pembungkusan produk untuk perlindungan dari kelembapan khususnya molekul air. Kelembapan mendorong pertumbuhan kulat, karat dan kakisan. Komponen utama silika gel adalah Silikon dioksida dalam bentuk manik atau butiran.

Terdapat beberapa jenis, warna dan saiz silika gel. Tiga warna yang paling biasa didapati untuk silika gel adalah warna putih, biru dan oren. Setiap warna ini merupakan penunjuk kelembapan yang berubah warna apabila terdapatnya pengaruh molekul air di dalam ruang yang tertentu.

 Silika Gel Putih

Silika gel putih adalah silika gel yang aktif tetapi bukan penunjuk kelembapan. Ini bermaksud bahawa apabila silika gel menyerap kelembapan, ia tidak menunjukkan sebarang perubahan warna. Silika gel seperti ini biasa digunakan dalam pembungkusan yang boleh didapati dalam paket kecil di dalam pembungkusan produk. Silika gel jenis ini paling banyak digunakan pada produk-produk diseluruh dunia. Cuma bila tiada perubahan warna dengan kehadiran air, kita tidak dapat memastikan keselamatan barang-barang dari pengaruh molekul air semasa di dalam penyimpanan.

Silika Gel Biru

Silika gel biru mempunyai unsur kobalt klorida. Bahan ini akan berubah warnanya menjadi merah jambu apabila berlakunya proses kelembapan dalam kadar anggaran 18%. Setelah warnanya bertukar dari biru ke merah jambu, ia dapat diaktifkan semula dengan kaedah jemuran atau sebagainya untuk menyingkirkan kelembapan. Warna birunya merupakan penunjuk bagi mengesan kehadiran molekul air di udara. Silika gel biru digunakan dalam pembungkusan produk-produk berkualiti atau premium terutama pada produk barangan rumah, elektrik, perkakasan dan sebagainya.

Silika Gel Oren

Silika gel oren mempunyai metil ungu yang mampu berubah dari oren menjadi hijau, atau oren menjadi tidak berwarna. Ia biasa digunakan khusus dalam pembungkusan industri makanan atau pun perubatan. Setelah warnanya berubah menjadi hijau atau tidak berwarna, ia boleh digunakan kembali  dangan cara menyingkirkan kelembapan juga dengan kaedah jemuran. Silika gel ini lebih mahal dan jarang digunakan selain di dalam industri disebutkan di atas.

Kami di Orga Mountainworks menggunakan silika gel yang mengandungi butiran biru kobalt klorida di dalam semua pembungkusan produk kami. Ia bagi menjamin dan memberi perlindungan sebaik mungkin pada produk kami pada masa penyimpanan atau pun ketika proses penghantaran. Ini adalah usaha bagi memastikan anda mendapat segala yang terbaik dalam setiap pembelian produk kami. Terima kasih.   

Pin It on Pinterest

Shares
Share This
×

Salam/Hi,

Click to chat on WhatsApp or send us an email to orgamountainworks@gmail.com

×