Kaedah Menentukan Saiz Torso 1
Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas menunjukkan panjang bahagian organ tubuh yang perlu diukur bagi mengira saiz torso.
[beautifulquote align=”left”] Ukur jarak antara bahagian tersebut hingga ke tulang c7. Itulah panjang torso. [/beautifulquote]
Mulakan mengukur dari tulang ke 7 atau c7. Titik c7 ini mudah dirasai dengan tangan apabila kita menundukkan kepala. Tulang yg terbonjol di leher itulah c7. Manakala di bahagian pinggang cari tulang ‘illiac crest’. Raba kiri dan kanan pinggang anda dan pasti anda dpt mengesan bahagian yg terbonjol itu. Kesan bahagian dibahagian pelvis seperti di dalam gambar di atas. Jajarkan panjangnya searas dengan tulang belakang. Ukur jarak antara bahagian tersebut hingga ke tulang c7. Itulah panjang torso.

Selepas itu, periksa spesifikasi saiz beg mengikut panjang torso yang telah diukur. Kebanyakan jenama menggunakan unit ukuran inci untuk mengukur torso. Perlu dimaklumkan bahawa setiap jenama beg mempunyai saiz yang tersendiri berdasarkan panjang torso. Jadi, dapatkan maklumat tentang saiz mengikut pengeluar dari laman web jenama terbabit.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This
×

Hello,

Click to chat on WhatsApp or send us an email to orgamountainworks@gmail.com

×