Silika Gel biasanya boleh didapati dan digunakan di dalam pembungkusan produk untuk perlindungan dari kelembapan khususnya molekul air. Kelembapan mendorong pertumbuhan kulat, karat dan kakisan. Komponen utama silika gel adalah Silikon dioksida dalam bentuk manik atau butiran.
Terdapat beberapa jenis, warna dan saiz silika gel. Tiga warna yang paling biasa didapati untuk silika gel adalah warna putih, biru dan oren. Setiap warna ini merupakan penunjuk kelembapan yang berubah warna apabila terdapatnya pengaruh molekul air di dalam ruang yang tertentu.
Silika Gel Putih
Silika gel putih adalah silika gel yang aktif tetapi bukan penunjuk kelembapan. Ini bermaksud bahawa apabila silika gel menyerap kelembapan, ia tidak menunjukkan sebarang perubahan warna. Silika gel seperti ini biasa digunakan dalam pembungkusan yang boleh didapati dalam paket kecil di dalam pembungkusan produk. Silika gel jenis ini paling banyak digunakan pada produk-produk diseluruh dunia. Cuma bila tiada perubahan warna dengan kehadiran air, kita tidak dapat memastikan keselamatan barang-barang dari pengaruh molekul air semasa di dalam penyimpanan.
Silika Gel Biru
Silika gel biru mempunyai unsur kobalt klorida. Bahan ini akan berubah warnanya menjadi merah jambu apabila berlakunya proses kelembapan dalam kadar anggaran 18%. Setelah warnanya bertukar dari biru ke merah jambu, ia dapat diaktifkan semula dengan kaedah jemuran atau sebagainya untuk menyingkirkan kelembapan. Warna birunya merupakan penunjuk bagi mengesan kehadiran molekul air di udara. Silika gel biru digunakan dalam pembungkusan produk-produk berkualiti atau premium terutama pada produk barangan rumah, elektrik, perkakasan dan sebagainya.
Silika Gel Oren
Silika gel oren mempunyai metil ungu yang mampu berubah dari oren menjadi hijau, atau oren menjadi tidak berwarna. Ia biasa digunakan khusus dalam pembungkusan industri makanan atau pun perubatan. Setelah warnanya berubah menjadi hijau atau tidak berwarna, ia boleh digunakan kembali dangan cara menyingkirkan kelembapan juga dengan kaedah jemuran. Silika gel ini lebih mahal dan jarang digunakan selain di dalam industri disebutkan di atas.
Kami di Orga Mountainworks menggunakan silika gel yang mengandungi butiran biru kobalt klorida di dalam semua pembungkusan produk kami. Ia bagi menjamin dan memberi perlindungan sebaik mungkin pada produk kami pada masa penyimpanan atau pun ketika proses penghantaran. Ini adalah usaha bagi memastikan anda mendapat segala yang terbaik dalam setiap pembelian produk kami. Terima kasih.
Read More
From the Blog
Introducing the Orga CC Series (City Commuter)
Introducing the Orga CC Series (City Commuter) The Orga CC Series marks a new chapter in how we design for movement.Built for the city, but engineered with the same DNA that drives our performance and terrain gear — this is where urban function meets outdoor...
Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit
Jenis Jarum Mesin Jahit Panduan memilih jenis-jenis jarum mesin jahit domestik dan industri bagi kegunaan perkilangan fabrik kepada produk. Jarum mempunyai kod-kod yang tertentu yang hanya sesuai digunakan mengikut sesuatu jenama mesin jahit, jenis fabrik, saiz benang...
Perbezaan Tafetta Weave, Oxford Weave dan Ripstop Weave
Seringkali kita terbaca, atau menemui beberapa penulisan yang menyatakan bahawa sesuatu gear itu material fabriknya adalah ripstop, taffeta atau oxford. Ini adalah satu kesilapan kerana sebenarnya ripstop, taffeta atau oxford bukannya sejenis fabrik. Sebaliknya ia...
Projek Bumi Hijau
Kami di Orga Mountainworks percaya untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, langkah pertama ialah mewujudkan suasana hijau di persekitaran kehidupan kami dahulu. Selebihnya barulah kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan impak pada alam sekitar....
Apa itu Phthalates dan Bisphenol A (BPA)?
BPA Apa itu Bisphenol A (BPA)? BPA adalah bahan additive kimia yang digunakan untuk membuat plastik polycarbonate dan resin epoksi. Ia boleh didapati dalam pembuatan botol bayi, cawan, botol air dan dalam lapisan makanan dalam tin. Pendedahan kepada manusia...
Sistem Kod Identifikasi Plastik atau Resin Identification Code (RIC)
ASTM International Resin Identification Coding System, atau singkatannya Resin Identification Code (RIC), adalah satu set simbol yang terdapat pada produk plastik bagi mengenal pasti material resin pada plastik yang dibuat. Ia telah dibangunkan Society of the Plastics...
Soft Flask Versi 2020 ( How It’s Made? )
Bagaimanakah proses design dan pembangunan soft flask kami semasa dikilangkan?. Proses yang panjang perlu sebenarnya bermula dari secetus idea. Idealah yang akan memberikan konsep dan direction sesuatu design. Maka di dalam pembuatan soft flask versi terbaru untuk...
Q&A Tips Penjagaan Outdoor Gear
Berikut adalah suatu catatan yang diringkas dan dikemaskan menjadi Q&A tentang beberapa tips penyimpanan alatan-alatan camping yang diambil dari satu sessi perbualan di antara beberapa penggiat rekreasi IPT dan founder/designer Orga Mountainworks, Radzee Orga. Q1:...
Kaedah Menentukan Saiz Torso
Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas...
Ketahui Bahagian Beg
Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan. ...
Kenali Buckle Beg Anda
Adakah anda mengenali sebutan nama buckle pada beg atau kelengkapan outdoor anda yang lain? Aplikasi buckle ni pada outdoor gear biasanya digunakan untuk bag, drybag dan sebagainya. Ia menjadi perantara untuk menyambung strap atau webbing cord dan grosgrain. Material...
Apa Itu Denier
Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang...












