Q&A Tips Penjagaan Outdoor Gear 1
Berikut adalah suatu catatan yang diringkas dan dikemaskan menjadi Q&A tentang beberapa tips penyimpanan alatan-alatan camping yang diambil dari satu sessi perbualan di antara beberapa penggiat rekreasi IPT dan founder/designer Orga Mountainworks, Radzee Orga.

Q1: Apakah perkara PERTAMA yang perlu tahu sebelum menyimpan peralatan camping untuk satu tempoh yang lama?
OMW: Kalau perkara pertama, kita perlu ada ilmulah. Pastikan dulu anda nak simpan apa. Lain barang lain materialnya. Lain material, berbeza cara untuk mengoptimumkan kualiti  penyimpanannya. Lain bahan, lain tahap kemerbahayaan. Jesteru, ada perkara yg kaedahnya sama dan adakalanya berlainan.

Q2: FAKTOR yang perlu diambil kira atau keperluan untuk ruang penyimpanan?
OMW: 1.Pencahayaan. Pastikan menyimpan di tempat yg teduh dan tertutup. Ada sesetengah material yg tidak sesuai pada direct UV
2. Pengudaraan. Pastikan ruang tidak kedap udara supaya molekul air diudara tidak terkepung.
3. Kelembapan. Pastikan menyimpan diruang yang rendah faktor kelembapan. Kelembapan tinggi menyebabkan fungus mudah terbentuk.
4. Suhu. Adalah ideal untuk menyimpan pada suhu bilik. Elak simpan di dalam kereta untuk tempoh yg lama.
5.  Ruang Tertutup. Penyimpanan di dalam ruang tertutup dapat mengelakkan habuk dari partikel-partikel bebas di udara. Cuma pastikan ada peredaran udara di ruang tertutup.

Q3: Tips utk menyimpan beg?
OMW: Pertimbang semua faktor dalam Q2. Basuh beg dengan pencuci yang sesuai. Guna pencuci yang tidak terlalu berasid atau terlalu beralkali. Pastikan bahagian luar dan dalam beg betul2 kering sebelum disimpan. Simpan bertutup untuk mengelakkan habuk. Ini bukan kemestian, tapi isi filling seperti kertas atau kain untuk mengekalkan bentuk beg dan mengelakkan lipatan/kedutan. Biar sedikit ruang terbuka untuk memudahkan pengudaraan atau tutup guna bahan yg breathable. Simpan bersama silika gel atau apa2 agen yg menyerap kelembapan.

Q4. Tips untuk menyimpan bladder/ water reservoir?
OMW: Ada banyak kelebihan jika kita simpan bladder/ water reservoir di dalam peti sejuk. Ini disebabkan alatan ini sukar utk dikeringkan sepenuhnya (air terperangkap di dalam tiub). Jika dibiarkan sekali pun dalam keadaan Q3, kemungkinan untuk fungus hidup masih ada. Di dalam peti sejuk, pengudaraan dan suhu rendah lebih mencegah pembentukan fungus. Buka penutup sebelum simpan.

Q4. Tips untuk menyimpan stove?
OMW: Pastikan dulu material stove anda. Lain material lain penjagaan. Stove dari steel mempunyai kadar enapan karbon lebih tinggi dari stove aluminium atau titanium. Bersihkan karbon terutama pada lubang-lubang saluran gas untuk mengelakkannya tersumbat. Sapu minyak jika perlu untuk mengelakkan karat.

Q5 Tips untuk menyimpan sleeping bag/down jacket.?
OMW: Pastikan dulu sleeping bag/ down jacket guna filling apa. Jika filling sintetik, kurang penjagaan. Kalau natural filling seperti goose feather penjagaannya lebih rapi. Keluarkan sleeping bag dari sack nya dan gantung. Ingat, mahalnya sleeping bag adalah kerana kualiti filling. Kualiti filling menentukan kecekapannya memerangkap haba sambil mengekalkan breathabily. Jadi jaga filling dengan cara membiarkannya dalam keadaan uncompressed.

Q6 Tips untuk menyimpan battery-powered device.?
OMW: Buka bateri sekiranya menyimpan untuk tempoh lama. Ini pengetahuan asas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pengaratan flux terutama pada bahagian terminal-terminal anod dan katod. Pengaratan juga bole berlaku dalam keadaan kering. Bila bateri alkaline itu discharged, sedikit ‘leaking’ cas akan bertindakbalas dengan hidrogen di udara lalu terbentuk pengaratan.

Q7 Tips menyimpan insect repellent dan gas canister.?
OMW: Asingkan sama sekali insect repellent dan gas canister dari alatan-alatan lain. Penjagaannya lebih memerlukan pengudaraan yang baik, jauh dari sumber haba dan jauh dari peralatan elektrik/bateri serta tidak mudah dicapai kanak-kanak. Alatan-alatan ini mempunyai ciri dan tahap hazardous yang spesifik. DEET base repellent contohnya, lebih beracun dari repellent biasa. Yang penting, baca aturan dan ikut arahan.

Q8 Perkara TERAKHIR atau pesanan tuan dalam penyimpanan peralatan?
OMW: Laku dan usahakan kaedah penyimpan yang terbaik dan selebihnya bertawakallah. Ada masanya kita telah membuat yang terbaik tapi  terdedah pula pada sesuatu tak terjangka seperti bencana alam atau serangan haiwan perosak seperti lipas dan tikus. Percaya qada qadar. Sebaik perancangan kita, hebat lagi perancangan tuhan.

Terima Kasih.

 

Pin It on Pinterest

Shares
Share This
×

Hello,

Click to chat on WhatsApp or send us an email to orgamountainworks@gmail.com

×