Apa Itu Denier

Apa Itu Denier

Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang panjangnya 9000m. Mikrodenier pula digunakan untuk menyukat gentian yang mempunyai berat kurang daripada satu gram bagi setiap 9000 meter.

Ambil contoh satu jenis fabrik beg yg berjumlah 500 denier dan 1000 denier dari fiber yang sama. Perbezaannya ialah dari segi berat dan ketebalan yang mana 1000 denier adalah lebih berat dan tebal. Untuk fiber yang mempunyai jumlah denier 1g atau kurang, ia dikenali sebagai mikrofiber yang contohnya digunakan dalam pembuatan tuala outdoor.

pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strength ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.


Pengetahuan tentang jumlah denier amat penting di dalam pemilihan produk-produk siap outdoor contohnya dalam pemilihan beg. Bahagian bottom bag, belakang beg, shoulder strap dan hipbelt adalah kawasan-kawasan yang memerlukan fabrik berketegangan, lebih tahan dan lebih kekuatan. Sudah tentu jika mengandaikan fiber sesuatu fabrik adalah sama; jika lebih besar jumlah denier, maka lebih kekuatan fabrik tersebut.

Penggunaan fiber yang berbeza juga memberikan hasil yang berbeza juga pada kekuatan fabrik. Contohnya 500 denier fabrik dari fiber nylon adalah lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber cotton walaupun jumlah deniernya sama. Terdapat juga fiber-fiber sintetik berteknologi tinggi seperti dyneema dan polyamide yang lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber nylon walaupun jumlah jisimnya lebih rendah dari 500 denier. Cuben fiber contohnya; walaupun ia adalah 50%-70% lebih ringan dari Kevlar ( digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru ) tetapi kekuatannya adalah lebih kurang 4 kali ganda dari Kevlar.

 

Pengeluar-pengeluar beg masakini contohnya mempunyai formula sendiri dalam menentukan nisbah kekuatan fabrik berbanding berat beg bagi menghasilkan beg yang ringan tetapi kukuh. Selain faktor rekabentuk (design) dan pembinaan (construction), pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strength ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.

Penganggaran material fabrik bergantung pada denier yang diperlukan juga dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu beg seperti menggunakan fabrik yang lebih kukuh pada bahagian bawah kompartmen utama (pack bottom), belakang beg (backsystem) juga penggunaan fabrik yang sesuai pada hipbelt atau shoulder harness. Maka di sinilah kepintaran pereka-bentuk diuji dimana agihan antara berat dan kekuatan fabrik perlu tepat di dalam sesuatu rekabentuk. Dan pengetahuan tentang denier yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu rekaan.

 

Berapakah Nilai Berat Fabrik?

Berapakah Nilai Berat Fabrik?

Terdapat berbagai jenis fabrik dari yang digunakan dalam pembuatan produk-produk outdoor. Setiap jenis fabrik mempunyai berbagai tahap kekuatan, jalinan dan berat yang tertentu. Ini membezakannya untuk digunakan dalam berbagai aplikasi produk.

Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang biasa digunakan dalam pembuatan beg dan beratnya di dalam ukuran gram per meter persegi. Semua jenis fabrik dibawah adalah dilapisi oleh lapisan kalis air (coated )

Waterproof Rating

Waterproof Rating

Kebanyakan fabrik yang waterproof mempunyai nilaian rating tertentu di dalam spesifikasinya.  Ia akan dinilaikan dalam unit mmH20 atau psi. Fabrik jenis ini biasanya mempunyai lapisan DWR (Durable Water Repellent) samada ia waterproof secara coating, laminate atau sebagainya.

Ok, rating untuk tahap waterproof ini akan dinilaikan seperti 10000mm, 15000mm, 20000mm dan sebagainya. Sebelum tu kita kena faham maksud psi iaitu Pound per Square Inch. Psi ialah unit untuk mengukur tekanan yang mana ditakrifkan sebagai daya per unit keluasan.

Bayangkan satu eksperimen dimana satu tiub silinder diletakkan di atas seinci persegi fabrik yg ingin diuji. Kemudian air di masukkan ke dalam tiub tersebut untuk memberikan tekanan kepada fabrik. Tinggi air yang di masukkan disukat dengan unit panjang atau tinggi. Nilai seperti 10000mm ialah ukuran tinggi air yang dimasukkan. Apabila fabrik dapat menahan tembusan air pada nilai tertentu ( cth 10000mm) maka ratingnya ialah 10000mm dan kalau 20000mm maka ratingnya 20000mm dan sebaliknya lah.

Apabila fabrik dapat menahan tembusan air pada nilai tertentu ( cth 10000mm) maka ratingnya ialah 10000mm dan kalau 20000mm maka ratingnya 20000mm dan sebaliknya lah.


Untuk convert daripada nilai rating mmH²0 ( cth 10000mm) ke Psi, ia memerlukan sikit pengetahuan matematik. Tenaga keupayaan air dikira  berkadaran dgn jisim air dikalikan dgn gravity dan dikalikan dengan ketinggian. Jisim air pulak ia related dengan suhu air.

Tapi kalo malas nak kira, kita google je lah convertion table dari unit mmH²0 ke psi atau cmH²0 ke psi. Jadual convertion yang aqu rekemen ni dr Universiti Cornell punya link. http://www-users.med.cornell.edu/~spon/picu/calc/pressure.htm

Kita amik contoh fabrik xpac utk pengiraan. Mengikut spesifikasi pengeluar, tahap waterproof nya sehingga 200psi. Jadi, ia berupaya menahan tekanan air sebanyak 140,640mmH²0. Atau contoh lagi satu spesifikasi flysheet oren yang berada di pasaran dengan tahap waterproof sebanyak 12,000mm. Untuk tu, kita perlu tahu spec material dan brapa nilai yang kita perlukan ya.

Untuk memudahkan, ni adalah nilai waterproof dan keberkesanan yang aqu jangkakan untuk hutan kita.

  • 5,000 mmH²0   = mampu menahan hujan rintik
  • 10,000 mmH²0 = mampu menahan hujan sederhana
  • 20,000 mmH²0 = mampu menahan hujan lebat
  • 30,000 mmH²0 = mampu menahan hujan amat lebat

Pin It on Pinterest