Kaedah Menentukan Saiz Torso

Kaedah Menentukan Saiz Torso

Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di atas menunjukkan panjang bahagian organ tubuh yang perlu diukur bagi mengira saiz torso.

Ukur jarak antara bahagian tersebut hingga ke tulang c7. Itulah panjang torso.


Mulakan mengukur dari tulang ke 7 atau c7. Titik c7 ini mudah dirasai dengan tangan apabila kita menundukkan kepala. Tulang yg terbonjol di leher itulah c7. Manakala di bahagian pinggang cari tulang ‘illiac crest’. Raba kiri dan kanan pinggang anda dan pasti anda dpt mengesan bahagian yg terbonjol itu. Kesan bahagian dibahagian pelvis seperti di dalam gambar di atas. Jajarkan panjangnya searas dengan tulang belakang. Ukur jarak antara bahagian tersebut hingga ke tulang c7. Itulah panjang torso.

Selepas itu, periksa spesifikasi saiz beg mengikut panjang torso yang telah diukur. Kebanyakan jenama menggunakan unit ukuran inci untuk mengukur torso. Perlu dimaklumkan bahawa setiap jenama beg mempunyai saiz yang tersendiri berdasarkan panjang torso. Jadi, dapatkan maklumat tentang saiz mengikut pengeluar dari laman web jenama terbabit.

Ketahui Bahagian Beg

Ketahui Bahagian Beg

Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan.

 

Antara bahagian yang biasa disebut adalah seperti;
1. Top Lid – bahagian penutup atas beg
2. Pack Handle – pemegang beg
3. Compression strap – untuk menegangkan muatan beg
4. Top Stabilizer – untuk menyeimbangkan bahagian atas beg
5. Lower Stabilizer  –  untuk menyeimbangkan bahagian hipbelt
6. Back Padding – absorber yang menyentuh bahagian belakang badan
7. Hipbelt – memegang bahagian illiac crest pinggang
8. Pack Bottom – bahagian bawah beg
9. Shoulder Strap – sebagai pelindung / menyerap tekanan pada bahu
10. Sternum Strap/ Chest Strap – untuk mengetatkan shoulder strap di bahagian dada

Kenali Buckle Beg Anda

Kenali Buckle Beg Anda

Adakah anda mengenali sebutan nama buckle pada beg atau kelengkapan outdoor anda yang lain? Aplikasi buckle ni pada outdoor gear biasanya digunakan untuk bag, drybag dan sebagainya. Ia menjadi perantara untuk menyambung strap atau webbing cord dan grosgrain.

Material yg biasa digunakan dalam kebanyakan buckle yang kukuh ialah acetal / delrin. Nama kimia bagi acetal ialah PolyOxy-Methylene atau POM. Asasnya, acetal dan delrin adalah material yang sama tetapi delrin dijenamakan oleh DuPont.

Apa Itu Denier

Apa Itu Denier

Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang panjangnya 9000m. Mikrodenier pula digunakan untuk menyukat gentian yang mempunyai berat kurang daripada satu gram bagi setiap 9000 meter.

Ambil contoh satu jenis fabrik beg yg berjumlah 500 denier dan 1000 denier dari fiber yang sama. Perbezaannya ialah dari segi berat dan ketebalan yang mana 1000 denier adalah lebih berat dan tebal. Untuk fiber yang mempunyai jumlah denier 1g atau kurang, ia dikenali sebagai mikrofiber yang contohnya digunakan dalam pembuatan tuala outdoor.

pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strength ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.


Pengetahuan tentang jumlah denier amat penting di dalam pemilihan produk-produk siap outdoor contohnya dalam pemilihan beg. Bahagian bottom bag, belakang beg, shoulder strap dan hipbelt adalah kawasan-kawasan yang memerlukan fabrik berketegangan, lebih tahan dan lebih kekuatan. Sudah tentu jika mengandaikan fiber sesuatu fabrik adalah sama; jika lebih besar jumlah denier, maka lebih kekuatan fabrik tersebut.

Penggunaan fiber yang berbeza juga memberikan hasil yang berbeza juga pada kekuatan fabrik. Contohnya 500 denier fabrik dari fiber nylon adalah lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber cotton walaupun jumlah deniernya sama. Terdapat juga fiber-fiber sintetik berteknologi tinggi seperti dyneema dan polyamide yang lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber nylon walaupun jumlah jisimnya lebih rendah dari 500 denier. Cuben fiber contohnya; walaupun ia adalah 50%-70% lebih ringan dari Kevlar ( digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru ) tetapi kekuatannya adalah lebih kurang 4 kali ganda dari Kevlar.

 

Pengeluar-pengeluar beg masakini contohnya mempunyai formula sendiri dalam menentukan nisbah kekuatan fabrik berbanding berat beg bagi menghasilkan beg yang ringan tetapi kukuh. Selain faktor rekabentuk (design) dan pembinaan (construction), pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strength ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.

Penganggaran material fabrik bergantung pada denier yang diperlukan juga dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu beg seperti menggunakan fabrik yang lebih kukuh pada bahagian bawah kompartmen utama (pack bottom), belakang beg (backsystem) juga penggunaan fabrik yang sesuai pada hipbelt atau shoulder harness. Maka di sinilah kepintaran pereka-bentuk diuji dimana agihan antara berat dan kekuatan fabrik perlu tepat di dalam sesuatu rekabentuk. Dan pengetahuan tentang denier yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu rekaan.

 

Berapakah Nilai Berat Fabrik?

Berapakah Nilai Berat Fabrik?

Terdapat berbagai jenis fabrik dari yang digunakan dalam pembuatan produk-produk outdoor. Setiap jenis fabrik mempunyai berbagai tahap kekuatan, jalinan dan berat yang tertentu. Ini membezakannya untuk digunakan dalam berbagai aplikasi produk.

Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang biasa digunakan dalam pembuatan beg dan beratnya di dalam ukuran gram per meter persegi. Semua jenis fabrik dibawah adalah dilapisi oleh lapisan kalis air (coated )

Pin It on Pinterest